Saya tak nak cakap mengenai pengadil, saya tiada duit nak bayar denda – Kim Pan-gon

7,608

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan mengulas mengenai keputusan pengadil yang menbatalkan gol kedua Malaysia pada perlawanan separuh akhir Piala AFF sebentar tadi.

Katanya, beliau tidak dapat melihat dengan jelas insiden tersebut, tetapi percaya Malaysia sepatutnya boleh menjaringkan tiga gol pada malam ini.


“Saya tidak nampak insiden itu dengan jelas jadi saya tak boleh cakap. Saya tak nak komen mengenai pengadil kerana jika saya komen mengenai pengadil saya akan didenda, saya tiada duit.

Memang bekalan satu gol tidak cukup tetapi saya berbangga dengan para pemain, perlawanan ini agak sukar. Sepatutnya kita mampu menjaringkan tiga gol pada malam ini,”

katanya.

Menurutnya, mereka kini harus fokus untuk perlawanan separuh akhir kedua kerana bermain di gelanggang lawan lebih sukar.

Sementara itu, pemain pertahanan, Ruventhiran memberi kredit kepada penyokong yang berjaya membangkitkan semangat mereka sepanjang perlawanan.

Selain itu, beliau juga turut berterima kasih kepada barisan kejurulatihan yang berjaya mempersiapkan mereka untuk perlawanan ini.

“Penyokong memang memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada kami, mereka memang banyak membantu.

Saya juga harus berterima kasih kepada jurulatih kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bermain pada perlawanan ini.”

Ruventhiran berkata, tugas mereka masih belum selesai dan harus fokus untuk perlawanan timbal balik di Thailand Selasa ini.

Katanya, kejayaan menundukkan pasukan itu dalam kejohanan King’s Cup di gelanggang lawan September lalu menjadi motivasi buat mereka.