Arif Aiman berpeluang untuk tarik perhatian ‘scouting’ bola sepak dari Eropah

1,033

Perlawanan untuk merebut Piala Sumbangsih akan menjadi perlawanan pembuka tirai untuk Liga Super Malaysia musim 2023.

Perlawanan Piala Sumbangsih akan menjadi aksi yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak apabila gergasi dari Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang pasukan dari Pantai Timur, Terengganu pada 24 Februari ini.


Perlawanan ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat seperti bekas pemain kebangsaan Argentina, Javier Zanetti dan ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE iaitu Naser Al Tamimi selepas membuat hantaran di media sosial rasmi JDT.

Namun apa yang menarik perhatian adalah ejen bola sepak yang bernama Morris Pagniello turut hadir ke Stadium Sultan Ismail (SSI).

Beliau merupakan ahli Lembaga pengarah Racing City Group, sebuah akademi bola sepak yang memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda serta mencari bakat di seluruh dunia untuk diserapkan di kelab-kelab ternama eropah.

Beliau juga pernah menguruskan pemain ternama seperti Ander Herrera yang berpindah dari Manchester United ke Paris Saint Germain (PSG).

Dengan hadirnya tetamu kehormat seperti Javier Zanetti dan Morris Pagniello ke SSI, pastinya akan memberi nilai tambah ke kelab JDT.

Ini kerana mereka bukan sahaja datang untuk melihat perlawanan bola sepak, malah untuk menjalinkan kerjasama bersama rakan kongsi seperti JDT dan seluruh dunia.

Pemain bintang yang semakin menyinar, Arif Aiman akan terus ditagih untuk memastikan Piala Sumbangsih kekal di bumi Johor buat kali kesembilan pada musim ini.

Mungkin kehebatan dan bakat Arif Aiman serta pemain lain akan dikesan oleh Pagniello dan tidak mustahil berminat untuk membawa pemain muda paling bernilai di Liga Malaysia itu untuk berhijrah ke Eropah.

Dengan kehadiran tetamu kehormat akan menjadikan pasukan JDT lebih bersemangat untuk bermain dalam memastikan pasukan JDT merupakan pasukan yang sentiasa berada di tahap terbaik dan digeruni di Malaysia.

Malah dengan kerjasama yang dilakukan oleh kedua-dua pihak pastinya memberi JDT kekuatan dan pengaruh yang kuat di peringkat Asia.