TMJ sedia tawar pasukan kebangsaan apa sahaja teknologi dan fasiliti yang ada di JDT

951

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris

bersedia untuk menawarkan apa sahaja teknologi dan fasiliti yang ada pada kelabnya kepada pasukan kebangsaan Malaysia.


“Saya sedia tawar pasukan kebangsaan apa sahaja teknologi dan fasiliti yang ada di JDT untuk mereka pakai seperti malam ini mereka akan menjalani latihan di Padang Seri Gelam (PSG).

Jadi untuk bantu pasukan kebangsaan memang saya sangat positif dari awal sehingga ke hari ini,”

kata baginda.

Tambah TMJ lagi, baginda juga akan memberi sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya sekiranya sebarang perlawanan atau kejohanan yang disertai mereka berada dalam kalendar FIFA.

Bukan sahaja baginda akan melepaskan kesemua pemain-pemain yang dipilih untuk ketua jurulatih Kim Pan-gon untuk sertai skuad negara, malah baginda juga bersedia untuk sebarang program latihan skuad negara.

Dalam pada itu, TMJ berpandangan bahawa tiada faedah untuk pihak kelab melepaskan pemain-pemain mereka untuk menyertai sebarang kejohanan atau perlawanan skuad negara yang tiada dalam kalendar FIFA.

“Saya kalau perlawanan atau kejohanan dalam kalendar FIFA saya sentiasa mengizinkan dan beri sokongan penuh.

Tapi kalau tiada dalam jadual FIFA, bagi pandangan saya orang yang membayar gaji pemain saya rasa perkara itu tiada faedah, buang masa.”

Pasukan kebangsaan kendalian Pan-gon kini berada di Johor Bahru untuk kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa pada 23 dan 28 Mac ini menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.