Fasiliti JDT salah satu yang terbaik di Asia, harap padang di SSI dapat bantu gaya permainan kami – Kim Pan-gon

1,275

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berharap kualiti rumput yang amat bagus di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dapan membantu pasukannya bermain dengan baik.

Beliau berterima kasih kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana menyediakan fasiliti berkelas dunia kepada mereka.


“Saya menghargai kesudian JDT untuk menyediakan fasiliti yang baik kepada kami untuk berlatih.

Ketika bermain di atas permukaan ‘cow grass’ pun kami memang terapkan gaya permainan yang laju dan dinamik, mungkin padang di SSI akan membantu kami,”

katanya.

Menurut Pan-gon, beliau mahu menunjukkan gaya permainan teknikal yang tinggi serta pantas kepada para penyokong yang hadir.

Sementara itu, beliau mengakui bahawa kualiti fasiliti yang dimiliki JDT adalah salah satu yang terbaik di Asia dan ia akan membantu persiapan untuk ke Piala Asia.

“Saya jangkakan gaya permainan yang berintensiti tinggi dalam dua perlawanan persahabatan ini.

Ini juga adalah persediaan yang baik untuk Piala Asia nanti kerana kita akan bermain di stadium yang bagus di Qatar dengan rumput yang bagus, dan kita tahu SSI adalah salah satu stadium terbaik di Asia.”

Malaysia akan turun dalam dua perlawanan persahabatan di SSI, iaitu menentang Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong pada 28 Mac ini.