Saya senang bermain di bawah Kim Pan-gon sebelum ini, beliau seorang ketua jurulatih yang hebat – Huang Yang

686

Pemain pasukan kebangsaan Hong Kong, Huang Yang mengakui senang bermain di bawah kendalian Kim Pan-gon sebelum ini kerana pengendali itu adalah seorang ketua jurulatih yang cukup hebat.

“Saya senang bermain di bawah Kim Pan-gon sebelum ini, beliau adalah seorang ketua jurulatih yang hebat kerana beliau berjaya bina pasukan Hong Kong menjadi sebuah pasukan yang cukup berdisiplin sehingga pasukan mampu bersaing dengan mana-mana sahaja pasukan dari Asia.

Saya harap beliau akan membawa pasukan Malaysia untuk capai keputusan yang baik pada kejohanan Piala Asia 2023 nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Huang adalah salah seorang pemain Hong Kong yang pernah bermain di bawah kendalian Pan-gon sebelum pengendali dari Korea Selatan itu mengambil keputusan untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya bermula 2022.


Hong Kong yang kini berada di Johor Bahru, Malaysia dijadual akan mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Malaysia esok (28 Mac) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai karier bola sepaknya, pemain berusia berusia 39 tahun itu mengakui beliau pada mulanya mahu menjadikan kelayakan Piala Dunia 2022 sebagai penampilan terakhir bersama pasukan kebangsaan Hong Kong.

Bagaimanapun beliau membatalkan hasratnya itu apabila pengendali Anderson menghubunginya untuk bantu pasukan menghadapi kelayakan Piala Asia 2023.

“Perancangan saya adalah untuk tidak lagi bermain untuk pasukan kebangsaan selepas kelayakan Piala Dunia, tapi apabila ketua jurulatih Anderson jemput saya sertai pasukan muda ini untuk kongsi pengalaman saya untuk kelayakan Piala Asia, oleh sebab itu saya terima.”

Berikutan itu, Huang berkata Piala Asia 2023 akan menjadi kejohanan antarabangsa terakhirnya menyarung jersi kebangsaan Hong Kong.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen