Sasaran saya mahu main di Premier League, tapi saya juga mahu main untuk Malaysia – Richard Chin

3,748

Pemain warisan, Richard Chin memberitahu beliau sememangnya teruja untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia secepat yang mungkin, namun buat masa ini perlu perlu lengkapkan dokumentasinya terlebih dahulu.

Richard juga berharap agar proses dokumentasinya dapat diselesaikan cepat supaya beliau berpeluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya untuk kejohanan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada Januari 2024.


“Ia adalah satu penghargaan untuk saya bermain untuk Malaysia tetapi saya perlu lengkapkan proses dokumentasi terlebih dahulu.

Saya harap bermain di Piala Asia tahun hadapan, tapi saya perlu ikut proses dokumentasi satu demi satu terlebih dahulu,”

katanya.

Richard kini berada di Malaysia dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk proses dokumentasi sambil mengambil peluang untuk menghabiskan cuti meneroka negara sebelum kembali ke England untuk memulakan latihan pra-musim bersama kelabnya Charlton Athletic.

“Saya akan mengharungi latihan pra-musim tidak lama lagi dan sekiranya dapat mempamerkan aksi terbaik di sana ia akan meletakkan saya di posisi terbaik untuk dipanggil menyertai skuad negara.”

Dalam pada itu, pemain berusia 20 tahun yang ditanya samada berminat untuk bermain di Liga Super, beliau mengakui tidak berminat kerana mahu terus kekal di England.

“Saya mahu kekal di sana kerana sasaran saya adalah mahu bermain di Premier League, tapi saya mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.”