Mahu jenama Selangor FC dikenali bukan sahaja dalam kalangan peminat bola-Dr Johan Kamal

170

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal e-sukan terutama Mobile Legends Bang Bang (MLBB) berada di landasan yang tepat dan mahu lebih ramai organisasi gergasi di luar sana melabur ke dalam industri ini.

Dr Johan yang ditemui di Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) kehadiran kehadiran Red Giants Esport di bawah kelolaan Selangor FC dalam dua musim ini memperlihatkan perkembangan positif daripada segi nilai jenama mereka dan juga kemajuan para pemain.


“Bagi kami e-sukan satu industri yang semakin giat berkembang dan Selangor FC merasakan ini satu peluang yang tidak patut dilepaskan, kita mahu pastikan jenama Selangor FC merah kuning ini dikenali bukan sahaja dalam kalangan peminat bola sepak malah mereka yang diluar sukan ini,”

jelasnya kepada Harimau Malaya.

Menurutnya, organisasi atau syarikat-syarikat pelabur diluar sana perlu melihat industri e-sukan ini sebagai salah satu ruang yang boleh membawa pulangan besar memandangkan bidang ini sedang giat berkembang terutama dalam golongan muda.

“Dalam apa-apa sukan lagi ramai pelabur lagi bagus industri tersebut, jadi jika lebih banyak organisasi gergasi di luar sana melabur dalam e-sukan saya rasa amat digalakkan kerana dapat membuatkan industri ini lebih profesional dan lebih matang sekaligus saya merasakan mereka dalam landasan yang tepat,”

Beliau yang kini mengawal selia pasukan merah kuning itu memaklumkan segala persiapan sudah mereka berikan kepada pemain selain pengalaman beraksi di Kejohanan antarabangsa Snapdragon sebelum ini menambah lagi pengalaman mereka untuk bersedia menggegar Land Of Dawn di MPLMY musim ini.

“Musim lepas kami kali pertama masuk ke kancah MPL dan kami juga telah pelajari banyak benda di samping banyak juga yang kami masih belum tahu, jadi musim lepas punya pengalaman memang sangat-sangat berharga yang boleh kami gunakan,”

“Apabila kami layak ke kejohananan Snapdragon sebelum ini kami gunakan ia sebagai pentas mempersiapkan diri untuk ke MPL musim ini.”

Red Giants Esport yang turun ke pentas kejohanan diiringi irama gendang ultras mempamerkan persembahan cemerlang apabila berjaya menewaskan Team Lunatix dengan skor 2-0 di hari kedua MPL MY musim ini.