Bermain di SSI memang sukar, penyokong mereka bersorak 90 minit tanpa henti – Kang Han

1,631

Pegawai Media Ulsan Hyundai, Kang Han menganggap kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) akan menjadi sukar buat pasukannya kerana semangat yang diberikan oleh penyokong.

Beliau berkata, mereka pernah melalui perkara itu dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim lalu yang dianjurkan secara berpusat di mana JDT menjadi tuan rumah.


“JDT adalah satu pasukan yang hebat, dan stadium mereka mempunyai atmosfera yang baik dengan lebih 10,000 penyokong yang hadir setiap perlawanan.

Ia akan jadi sukar buat kami kerana mereka akan bersorak 90 minit tanpa henti,”

katanya.

Namun beliau merasakan bahawa Ulsan Hyundai juga mempunyai kelebihan kerana sudah biasa dengan suasana di SSI, tetapi JDT tidak biasa bermain di tempat mereka.

Beliau juga menyifatkan bahawa cuaca sejuk boleh menjadi kelebihan buat mereka apabila JDT bermain di sana.

“Setahu saya ada perlawanan dalam peringkat kumpulan yang akan berlangsung pada musim sejuk jadi ia boleh jadi kelebihan buat kami.

Tetapi sudah pasti ia tetap sukar, pada musim lalu pun kami tewas kedua-dua perlawanan kepada mereka dalam peringkat kumpulan.”