Kerjasama Global Sports Rehab Centre dengan Perak FC untuk pastikan pemain sentiasa berada dalam kondisi terbaik

1,878

Perak FC terus mengorak langkah apabila baru sahaja menjalin kerjasama dengan pusat pusat fisioterapi sukan iaitu Global Sports Rehab Centre dalam usaha untuk memantapkan skuad bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia.

Menurut Pengarah Operasi Global Sports Rehab Centre, Dr. Varma, kerjasama antara pihaknya dengan Perak adalah untuk rawatan kecederaan yang dialami oleh pemain dan juga cuba mencegah kecederaan dari berlaku.


Objektif utama kita jalin kerjasama dengan Perak FC adalah untuk tingkatkan prestasi pasukan. Yang kedua, kami sebagai satu-satunya pusat rehabilitasi sukan di Perak.

Aspirasi kami adalah untuk pastikan program-program kecederaan sukan atau langkah-langkah tempoh pemulihan yang mana ia dapat dicapai dengan lebih baik.

Jadi dengan kerjasama ini kita dapat ruang untuk merawat dan memulih pemain-pemain yang beraksi pada tahap tertinggi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambah Dr. Varma lagi, apa yang membuatkan beliau mahu bekerjasama dengan The Bos Gaurus adalah kerana cintanya terhadap kelab itu berikutan beliau merupakan anak jati negeri Perak.

“Saya sendiri anak jati Perak jadi cinta terhadap bola sepak ini mendalam dan saya akan sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama dengan Perak FC.”

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pihaknya sudah pun mula bekerja dengan ketua jurulatih Yusri Che Lah.

Maklum balas positif daripada pengendali pasukan membuatkan pihaknya terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat pasukan Perak.

“Beliau mengambil kira pandangan dan nasihat kami, ia seolah-olah menyuntik semangat untuk kami bekerja dengan lebih keras bagi memastikan apa yang beliau nak beliau akan dapat.”

Sementara itu, beliau berharap dengan adanya Global Sports Rehab Centre bersama Perak ia akan membantu meningkatkan prestasi pasukan untuk memperolehi keputusan positif dapat setiap perlawanan.