Azmin Azram buktikan jurulatih dari Malaysia miliki kualiti yang tersendiri

1,747

Setelah saingan V. League 1 telah menutupkan tirainya dengan kelab Hanoi Police FC telah dinobatkan selaku juara liga, jurulatih penjaga gol Hanoi Police FC iaitu Azmin Azram Abdul Aziz dari Malaysia mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Hal ini berikutan dengan Azmin berjaya membantu pasukannya secara tidak langsung untuk merangkul juara liga.


Negara tersebut yang merupakan antara gergasi dalam bola sepak di Asia Tenggara kini, malah liga negara tersebut yang lebih kompetitif juga dan sedang berada di dalam standard yang tersendiri.

Azmin jelas membuktikan bahawa jurulatih dari Malaysia juga mempunyai kualiti dan berpotensi untuk melatih pasukan dari negara luar sekiranya diberi peluang kerana mempunyai kepakaran yang setanding dengan jurulatih daripada luar negara.

Beliau sebelum ini juga pernah beraksi bersama pasukan bola sepak Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sebelum mengembangkan karier sebagai jurulatih penjaga gawang dan berkhidmat untuk pasukan kebangsaan sejak tahun 2017.

Tambahan pula, sebelum ini beliau merupakan antara individu yang bertanggungjawab untuk membentuk penjaga gawang nombor satu negara seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias semasa melatih pasukan negara.

Kejayaan Azmin di bumi Vietnam telah membuka mata peminat bola sepak di rantau ini bahawa Malaysia juga mempunyai jurulatih yang boleh melahirkan pemain berbakat dalam arena bola sepak di dalam mahu pun luar negara.

Malah, tidak mustahil jika suatu hari nanti lebih banyak jurulatih daripada Malaysia yang akan melatih pasukan luar, justeru menunjukkan bahawa Malaysia antara negara yang mampu melahirkan bakat dalam sukan bola sepak.