Harimau Muda sah layak ke Piala AFC B-23 2024!

1,554

Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan B-23 Malaysia apabila mereka sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Qatar pada tahun hadapan.

Perkara itu disahkan oleh satu sumber terdekat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas status skuad negara menjadi tanda-tanya berikutan Iran turut mengutip mata yang sama dan perbezaan jaringan yang sama.


Pada masa sama pasukan Iran dilaporkan telah membuat protes terhadap AFC dek tidak berpuas hati berkaitan isu kad kuning.

Bagaimanapun menurut sumber tersebut, skuad Harimau Muda sudah 99% layak kerana perbezaan kad kuning di mana Iran mempunyai lebih kad kuning berbanding skuad negara.

Anak buah E. Elavarasan memilih jalan sukar untuk layak secara automatik sekiranya menjadi juara kumpulan selepas mereka tewas 1-0 di tangan Thailand semalam.

Dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024, skuad negara telah diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand, Filipina dan Bangladesh.

Namun kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh tidak diambil kira kerana perbezaan jumlah pasukan dalam setiap kumpulan menyebabkan keputusan perlawanan dengan pasukan tercorot tidak akan diambil kira.

Skuad negara dijadual akan pulang ke tanah air pada pukul 5.35pm ini.