Tourism taja wang tunai RM 1 Juta dan pelbagai promosi untuk LTDL

48

Kali ini Tourism Malaysia pula turun menjadi salah satu lagi penaja utama Le Tour De Langkawi dengan jumlah tajaan yang menjangkau RM 1 Juta bagi memastikan kemeriahan dalam perlumbaan basikal lebuhraya berprestij di Asia Tenggara itu.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu Datuk Ahmad Shapawi Ismail memberitahu selain daripada wang tunai RM 1 juta tersebut turut membawakan pelbagai promosi ke dalam LTDL kali ini termasuklah persembahan dan sebagainya.


“Seperti yang Datuk Dr Ammar beritahu tadi wang RM 1 juta dan lebih lagi merangkumi pelbagai bentuk promosi seperti persembahan kebudayaan dan lain-lain,”

katanya.

Ahmad Shapawi turut menegaskan demi mendapatkan kelangsungan kontrak berpanjangan bersama Tourism Malaysia mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan kepuasan serta segala yang diinginkan.

“Selain itu juga kita akan cuba persembahkan LTDL edisi kali ini sebaik mungkin buat Tourism Malaysia kerana kita ingin berikan kepuasan sekaligus mereka akan terus mengekalkan LTDL dalam kalendar Tourism Malaysia tahun-tahun mendatang,”

Menurut Datuk Dr Ammar selaku Ketua Pengarah Tourism Malaysia, kerjasama bersama MSN bagi penganjuran LTDL ini bukan kali yang pertama dan mereka mengharapkan edisi LTDL kali ini dapat dipertingkatkan.

Tourism Malaysia kini turun sebagai penaja utama bagi jersi polka dot atau Raja bukit yang sebelum ini ditaja oleh Genting.

Ammar sendiri menyatakan hasratnya ingin melihat pelumba daripada Malaysia untuk memenangi jersi tersebut meskipun ramai pelumba bertaraf profesional dan dunia yang menyertai perlumbaan kali ini.

“Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya saya ingin melihat pelumba Malaysia menyarung jersi tersebut, tetapi apabila melibatkan perlumbaan ia adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak memenanginya,”

“Namun jika ada pelumba tempatan yang memenanginya ia akan memberikan publisiti buat Tourism Malaysia dan kita harap sangat kalau di ‘kampung’ kita tidak boleh menang mungkin ada sesuatu yang tidak kena.”

LTDL kali ini akan memulakan perlumbaan peringkat pertama pada 23 September ini dan berakhir di Kuala Lumpur pada 30 September.