Komuniti Jmix awalnya kecil, lepas menang dan menang akhirnya membesar – Faizura Mesnan

100

Faizura Mesnan yang merupakan salah seorang ahli dalam kelab bola jaring campuran asal johor ini sanggup memandu daripada Kota Tinggi ke Johor Bahru setiap hari rabu untuk turun berlatih.

Beliau yang merupakan pemain di bahagian pertahanan memaklumkan diantara semua rakan-rakan di dalam kelab, beliau yang tinggal paling jauh daripada tempat mereka berlatih.


“Macam saya sendiri seorang yang bekerja dan tinggal jauh daripada Johor bahru jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain, persiapan untuk latihan memang kami akan lakukan seminggu sekali iaitun pada hari rabu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Johor sememangnya memiliki beberapa pasukan bola jaring yang ternama termasuklah juga pasukan yang menjuarai Netball Super League musim lalu iaitu Johor Jewels.

Faizura yang merupakan antara ahli pertama di kelab ini sudah semestinya memilih untuk kekal memandangkan kini Jmix sudah mencapai pelbagai kejayaan seperti Johan dalam kejohanan Piala Che Puan Khaleeda dan juga juara bagi Sukan Uniti pada tahun ini.

“Saya sertai Jmix ini kerana saya antara orang yang terlibat dalam penubuhan awal kelab ini,”

“Untuk pencapaian sepanjang saya bermain di Jmix, kami telah memenangi Johan bagi Kejohanan Piala Che Puan Khaleeda serta Sukan Uniti tahun ini sekaligus membenarkan kami mewakili negeri Johor untuk bertanding menentang pasukan negeri lain,”

Beliau turut mengharapkan pasukan ini terus berkembang seiring degan pencapaian mereka saban tahun selain mahu memperkenalkan pasukan Jmix ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Dalam tempoh lima tahun lagi saya ingin Jmix lebih berkembang dan semua negeri akan kenal siapa Jmix selain kita juga akan lebih yakin untuk menyertai kejohanan di luar negeri Johor,”