Kami tak patut dapat keputusan ini, kami tidak bernasib baik dari segi penyudah – Soleen Al-Zou’bi

59

Ketua jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zou’bi mengakui pasukannya tidak bernasib baik sekadar seri menentang Arab Saudi kerana tidak menyempurnakan peluang yang dimiliki.

Katanya, mereka harus memperbaiki apa yang patut terutama dari segi penyudah menjelang perlawanan seterusnya menentang Pakistan.


“Sejujurnya, keputusan perlawanan ini bukanlah seperti yang kami harapkan dan bukanlah selayaknya untuk kami, tetapi pemain dah lakukan segala-galanya cuma kami tidak bernasib baik dari segi penyudah.

Selepas ini kami perlu perbaiki apa yang perlu seperti penyudah, dan saya harap perlawanan selepas ini mereka akan bermain lebih baik dan menang,”

katanya.

Katanya, perlawanan pertama sememangnya sukar dan percaya para pemain kini semakin yakin untuk perlawanan seterusnya.

Sementara itu, pemain, Siti Nurfaizah mengakui mereka belajar banyak perkara daripada perlawanan menentang Arab Saudi itu dan tekad mahu melakukan lebih baik pada perlawanan seterusnya.

“Saya gembira dengan prestasi rakan-rakan, kami mempunyai banyak peluang tetapi tiada penyudah, kami belajar banyak daripada perlawanan ini.

Untuk perlawanan seterusnya pasti kami akan cuba buat yang lebih baik dan tingkatkan prestasi.”

Beliau berharap penyokong akan terus memberikan sokongan kepada mereka untuk perlawanan seterusnya.