Anak saya memang ada peningkatan sejak sertai OSCA Youth Soccer Academy – Lelawati

128

Program pembangunan bola sepak cukup penting untuk sesebuah negara, namun ianya tidak dapat direalisasikan sekiranya tidak mendapat sokongan padu daripada ibu bapa.

Ibu kepada seorang pelatih di OSCA Youth Soccer Academy iaitu Lelawati Ag Kassim memberitahu bahawa beliau sentiasa menyokong minat anaknya, Aaron Iskandar Muslin untuk menceburi dunia bola sepak.


“Saya daftar anak saya ke akademi kerana memang minat dengan bola sepak. Sebelum ini memang setiap petang dia akan bermain bola sepak.

Tapi sejak dia sertai akademi bola sepak ini saya dapat lihat peningkatan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, anaknya sangat teruja apabila menyertai akademi kerana berpeluang untuk bermain dalam banyak kejohanan.

“Saya dan suami memang sentiasa menyokong minat anak, malah untuk perlawanan Sabah FC di Piala AFC nanti juga kami akan bawa anak ke stadium.

Anak saya beritahu dia mahu jadi seperti pemain import Sabah iaitu Saddil Ramdani satu hari nanti.”