Seronok berlatih di Kawan Athletics dan mereka banyak bantu baiki teknik larian saya – Wan Othman Johaan

256

Kawan Athletics banyak melahirkan atlet-atlet berbakat baik daripada peringkat sekolah, olahragawan di kejohanan daerah sehingga menjadi tonggak pasukan olahraga negeri bagi Sukan Malaysia (SUKMA).

Antara atlet yang berjaya hasil daripada program latihan di Kawan Athletics adalah Wan Othman Johaan yang berumur 15 tahun dan telah menyapu bersih tiga pingat emas bagi acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dalam kejohanan peringkat daerah.


“Saya memenangi anugerah olahragawan terbaik dalam kejohanan peringkat Daerah dan meraih tiga pingat emas bagi acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter,”

katanya kepada harimau Malaya.

Menurut Othman sendiri, pengalaman beliau berlatih di Kawan Athletics sangat menyeronokkan disamping memiliki jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dalam memperbaiki setiap aspek teknikal dialami oleh atlet.

“Menyeronokkan dalam pada masa sama mereka banyak membantu saya dalam meningkatkan teknik larian saya dan di Kawan Athletics mereka juga memiliki banyak jurulatih-jurulatih yang bagus,”

Selain itu juga rata-rata atlet yang menyertai kelab olahraga ini berkongsikan tentang kebaikan dan peningkatan prestasi mereka terutama apabila bertanding di peringkat tertinggi yang disertai mereka.

Menurut Marie Adorabelle Pei Yuan How yang memenangi anugerah olahragawati di peringkat daerah sama seperti Othman memaklumkan bahawa di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), beliau telah memperoleh tempat ketujuh keseluruhan di samping dapat memperbaiki catatan rekod peribadinya.

“MSSM tahun lepas saya mendapat nombor tujuh tetapi berjaya memperbaiki catatan peribadi saya dalam larian 100 Meter dengan kecepatan 12.7 saat,”

Antara yang turut cemerlang dalam kalangan atlet di Kawan Athletics adalah Ng ting en yang berjaya mencatat masa larian bawah 60 saat bagi acara 400 meter.

Kawan Athletics turut memiliki hidden gems mereka yang tersendiri iaitu Sufi Qatarina Mohamed yang berumur 14 tahun dan jaguh dalam larian pecut jarak jauh iaitu 400 meter serta 800 meter dengan catatan masa yang agak baik.