Tak guna jadi ‘Leader’ kalau lembik ikut cakap orang – TMJ

5,016

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris telah mengkritik Presiden Selangor FC, Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah dan pengurusan kelab itu selepas tewas kepada Terengganu FC dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Tidak hanya tewas, perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut dicemari dengan insiden keganasan apabila pemain import Selangor, Yazan Al-Arab yang tidak berpuas hati dilayangkan kad merah telah bertindak menyepak pengadil perlawanan Mohd Hasrol Amir.


Susulan kegagalan skuad Red Giants itu, TMJ menerusi laman IG Story-nya telah mengkritik RMS dengan berkata; ‘Tak guna jadi Leader kalau lembik ikut cakap orang.’

TMJ pada masa sama turut memuat naik foto pihak pengurusan yang didakwa sebagai punca kegagalan kelab dari Lembah Klang itu.

“Yang membuat semua keputusan dan beli pemain pihak pengurusan, jadi buat apa nak salahkan jurulatih?

Cuba pakai otak. Lebih teruk lagi apabila ada owner takt ahu apa-apa pasal bola sepak.”

Dalam pada itu, TMJ dalam satu lagi posting­-nya turut mendedahkan bahawa Selangor memperoleh dana berjumlah RM45 juta dari kerajaan setiap tahun, namun masih gagal untuk mendapatkan kejayaan.

“45 juta duit kerajaan setiap tahun. 8 tahun tiada apa-apa dan hanya scam penyokong sendiri. 8 tahun hina pengurusan lama tetapi claim kejayaan mereka.

8 tahun mendabik dada. 8 tahun cepat berpuas hati. 8 tahun baling batu sembunyi tangan. 8 tahun create hype, dan apabila gagal play victim/berpura-pura jadi mangsa dibuat orang.

8 tahun diuruskan kaki scam duit kerajaan. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Tahniah RMS, Izhar, Johan, Farouk, Aladin dan Simon.”

Selangor dan Yazan dijangka bakal dikenakan tindakan tegas dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas insiden yang berlaku.

Pemain import dari Jordan itu mungkin dikenakan tindakan gantung untuk satu tempoh yang panjang dek tindakan keganasan yang dilakukan terhadap pengadil perlawanan.

Apa pun sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Selangor dan FAM sendiri berhubung perkara ini.