Bermain di ‘home’ kita ada peluang yang baik untuk menang – Dion Cools

206

Pemain Harimau Malaya, Dion Cools melihat Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menundukkan Taijikistan sekaligus memenangi Pestabola Merdeka 2023 esok.

Katanya, bermain di gelanggang sendiri kali ini akan memberikan semangat dan motivasi yang lebih kepada mereka berbanding ketika kejohanan King’s Cup tahun lalu.


“Kita dah ada pengalaman menentang mereka di King’s Cup tahun lalu, juga pada perlawanan akhir.

Tetapi sekarang kita bermain di gelanggang sendiri jadi ia memberi semangat dan motivasi yang lebih kepada kami, saya rasa kita ada peluang yang baik untuk menang,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 menentang Taijikistan esok.

Sejak beraksi bersama pasukan kebangsaan, Cools melihat Harimau Malaya sentiasa meningkat dari satu kem ke satu kem seterusnya.

Katanya, jurulatih sentiasa meminta lebih daripada mereka setiap kali terdapat panggilan kebangsaan dan sentiasa mempelbagaikan gaya permainan sebagai persediaan untuk cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.