Piala MFL lebih sukar buat JDT II kerana pemain sentiasa berubah, skuad TFC II pula sama – Echeverria Mariano Raul

1,330

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Echeverria Mariano Raul mengakui bermain pada perlawanan akhir Piala MFL adalah sukar buat pasukannya memandangkan barisan pemain yang sering berubah-ubah.

Katanya, ia berbeza dengan Terengganu FC II yang bermain dengan rata-rata pemain yang sama sepanjang kejohanan itu.


“Saingan Piala MFL 2023 adalah lebih sukar untuk kami kerana Terengganu bermain dengan pemain sama tetapi kami sentiasa berubah-ubah.

Tetapi pemain telah berikan persembahan yang baik tetapi disebabkan kesilapan kami tewas pada perlawanan akhir hari ini,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas pasukannya tewas 1-0 di tangan Terengganu pada perlawanan akhir Piala MFL 2023 sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, beliau mengakui bahawa kempen Piala MFL 2023 pasukannya begitu baik dengan beberapa pemain yang berjaya menyinar.

“Saya rasa musim kami adalah baik, kita dapat lihat beberapa pemain menyinar contohnya Gabriel Nistelrooy yang menjaringkan 15 gol, selain penjaga gol yang menunjukkan persembahan yang baik.

Sudah tentu kami mahu menang perlawanan akhir pada hari ini tetapi ia tidak menjadi kenyataan.”

Beliau tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pemain tetapi mengambil tanggungjawab di atas kekalahan itu.