Saya 100 peratus percaya kami akan berikan persembahan terbaik – Stefan Tarkovic

176

Ketua jurulatih Kyrgryzstan Stefan Tarkovic optimis bahawa pasukan anak didiknya akan memberikan persembahan di paras optimum pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok.

Beliau yang mengakui bahawa ianya bakal menjadi cabaran sengit menentang skuad Harimau Malaya menyatakan kepentingan bagi pasukannya dalam menyesuaikan diri dengan kondisi di sini.


“Kami datang lebih awal ke Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan latihan serta keadaan di sini, cuaca, jenis rumput atas padang, masa pastinya tidak pernah sepenuhnya cukup tapi kami akan memberikan yang terbaik.”

“Saya yakin 100 peratus bahawa kami akan berikan persembahan yang terbaik.”

Katanya.

Menganggap perlawanan itu sebagai tanggungjawab paling besar sepanjang kariernya, Stefan turut menyifatkan ianya sememangnya bagaikan suatu perayaan buat sesebuah pasukan bagi mengimpikan kelayakan ke Piala Dunia.

“Impian kami untuk menempatkan diri di perlawanan itu sendiri. Pastinya kami akan berlawan dengan baik kerana yang penting adalah bagaimana ‘input’ kami bermula dari pasukan yang pertama.”

Baginya pasukan Oman adalah saingan utama di dalam kumpulan itu melihatkan jumlah aksi mereka yang akan hampir ke perlawanan Piala Dunia.

“Bagi saya ianya penting untuk fokus satu per satu perlawanan dan memerhatikan bagaimana perlawanan itu berjalan di dalam kumpulan yang mencabar.”

Beliau yang mempercayai bahawa Malaysia memiliki pemain yang terbaik jika diperhatikan sejak beberapa tahun lalu, akui bahawa ianya merupakan sesuatu yang perlu perkara yang perlu dititikberatkan.

Setiap jurulatih perlu bekerja keras demi melawan pasukan Malaysia dengan prestasi pemain yang telah banyak dibaiki dan pastinya telah kenali prestasi pasukan Malaysia.”

“Semua pasukan akan pros and cons pemain, ianya tentang stagtegi, pastinya perlawanan yang sengit buat kedua-dua pasukan.”

“Sudah pasti kami perlu berjaga-jaga dengan pemain kebangsaan yang bermain dengan semakin baik.”

Pemain pertahanan Tamirlan Kozubaev yang pernah bermain dengan pasukan PKNS empat tahun lalu itu juga tidak menafikan bahawa dirinya bersama rakan seperjuangan telah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut.

Beliau sempat memuji pasukan Malaysia sudah banyak penambahbaikan berbanding dahulu dengan hadirnya barisan pemain naturalisasi yang hebat.

“Saya harap ia akan menjadi permainan yang menarik meskipun ianya akan menjadi persaingan sengit antara dua pasukan.”