Kim Pan-gon marah kami seperti harimau ketika rehat separuh masa pertama – Faisal Halim

2,226

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menyifatkan karakter ketua jurulatih, Kim Pan-gon seperti seekor harimau yang sedang marah ketika rehat separuh masa pertama kerana ketinggalan 2-1 kepada Kyrgyzstan.

Katanya, Pan-gon berpesan kepada para pemain supaya tidak lalai dan jangan bermain dengan sambil lewa, selain fokus untuk separuh masa kedua.


“Jurulatih tak kata apa, beliau cuma marah saja, boleh katakan seperti seekor harimau karakternya dalam bilik persalinan.

Beliau tidak mahu anak buahnya lalai dan bermain dengan sambil lewa, dan akhirnya pada separuh masa kedua kita berjaya bangkit walaupun bolos satu lagi gol,”

katanya.

Faisal berkata, walaupun beliau menjaringkan gol kemenangan Malaysia, namun kemenangan tersebut adalah hasil usaha semua pemain serta barisan kejurulatihan.

Tambahnya, beliau langsung tidak menyangka bahawa keputusan perlawanan sepeti malam ini.

“Kita bekerja keras dari awal hinggalah saat akhir, semua pemain berikan usaha terbaik untuk kemenangan Malaysia.

Saya tak sangka keputusan seperti malam ini, tetapi inilah bola sepak, rezeki kami untuk menang malam ini.”

Walaubagaimanapun, beliau mahu pemain terus menunjukkan konsistensi pada perlawanan seterusnya menentang Taiwan.

Katanya, mereka wajib menang pada perlawanan itu supaya keputusan malam ini tidak menjadi sia-sia.