Semua pemain bermain dengan baik terutama Arif Aiman dan Dion Cools – Matthew Davies

1,372

Ketua pasukan Harimau Malaya, Matthew Davies memberi kredit yang tinggi kepada Arif Aiman dan Dion Cools yang membantu Malaysia mencatat kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan sebentar tadi.

Katanya semua pemain menunjukkan semangat dan usaha yang tinggi untuk melakukan kebangkitan tiga gol pada perlawanan itu.


“Perlawanan ini ibarat roller coaster, kita menguasai separuh masa pertama dan mendominasi perlawanan, kemudian kita kehilangan fokus selama lima minit dan terus dibolosi dengan dua gol, dan kemudian satu lagi gol.

Semua pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk bangkit, semuanya bermain dengan sangat baik terutamanya Arif Aiman dan Dion Cools,”

katanya.

Katanya, ketua jurulatih, Kim Pan-gon penuh emosi pada rehat separuh masa pertama di bilik persalinan selepas ketinggalan 2-1.

Tambahnya, Pan-gon tidak melakukan perubahan taktikal yang ketara, tetapi cuma memberitahu kualiti yang ada pada diri mereka yang membantu mereka bangkit.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen