Stadium Wembley pun anjur konsert besar tapi tak ada pula FA England nak bina stadium sendiri

291

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berada dalam keadaan sedikit rosak selepas konsert band terkemuka dunia Coldplay.

Ada segelintir pihak yang mengkritik Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atas kerosakan rumput yang baru ditukar, namun perkara itu sudah pun diselesaikan kerana kerja-kerja baik pulih dan menukar bahagian rumput yang rosak sudah pun dilakukan.


Susulan isu itu, banyak pihak yang tampil melontarkan pandangan dan kritikan terhadap isu tersebut termasuk ada yang mencadangkan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membina stadium khas untuk pasukan bola sepak kebangsaan Harimau Malaya.

Dikatakan dengan adanya stadium khas itu, tidak akan timbul lagi masalah untuk FAM apabila ingin menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak kerana tidak perlu menyewa selain mengelakkan sebarang masalah akibat terpaksa berkongsi stadium itu.

Tidak dapat dinafikan ia adalah satu cadangan yang agak bernas, tapi realitinya ia merupakan satu pembaziran sekiranya hendak membina stadium khas kerana banyak aspek perlu diambil kira sekiranya mahu berbuat demikian.

Antara perkara utama yang perlu diambil kira adalah kos pembinaan yang akan menelan kos ratusan juta ringgit sekiranya mahu bina stadium berkelas dunia.

Jika benar mahu bina stadium baru, berada kapasiti tempat duduk yang akan dibina? Mana mungkin nak bina stadium berkapasiti 20,000 atau 40,000 sahaja kerana jika perlawanan besar jumlah penyokong yang hadir boleh mencecah lebih 80,000.

SNBJ merupakan stadium keramat buat Harimau Malaya kerana mana-mana pasukan yang turun bertandang ke SNBJ pastinya akan berasa gerun apabila terpaksa berdepan dengan puluhan ribu Ekor Harimau.

Faktor lain yang perlu diambil kira adalah adakah stadium itu hanya dibiarkan kosong sekiranya tiada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan kebangsaan? Pastinya ia akan turut disewa supaya dapat menjana pendapatan untuk menampung kos penyelenggaran.

Sepatutnya isu seperti ini tidak perlu diperbesarkan lagi kerana SNBJ kini sudah mempunyai nurseri sendiri yang mana mereka boleh menukar mana-mana sahaja bahagian rumput yang rosak dengan rumput yang baru tanpa mengeluarkan kos tambahan.

PSM juga sudah memberi jaminan bahawa keadaan padang akan berada dalam keadaan terbaik apabila pasukan kebangsaan akan turun beraksi, jadi ia tidak sepatutnya menjadi masalah.

Pihak FAM pastinya sudah mempunyai perancangan tahunan yang mana mereka sudah tahu tarikh-tarikh perlawanan, jadi tempahan awal boleh dilakukan untuk memastikan tiada masalah akan timbul.

Contoh terbaik yang boleh semua pihak ambil maklum adalah Stadium Wembley yang merupakan stadium keramat buat pasukan kebangsaan England tetapi juga merupakan venue untuk konsert-konsert besar daripada artis terkemuka dunia.

Tidak pula timbul isu apabila pasukan England akan beraksi di sana? Sebab apa? Sebab ia diuruskan dengan cukup baik sekali sekaligus masalah-masalah ‘remeh’ seperti ini tidak akan timbul.

Kita juga tidak mendengar yang FA England mahu membina stadium khas untuk skuad negara mereka semata-mata tidak mahu bercampur dengan acara lain sebaliknya mereka bagi mereka jika perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan ia perlu dimainkan di Stadium Wembley.

Sama juga untuk pasukan kebangsaan Malaysia yang mana penyokong pastinya mahu perlawanan skuad negara dimainkan di SNBJ kerana ia merupakan home untukHarimau Malaya.

Setuju atau tidak dengan pandangan ini?

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen