Petrus Shitembi gembira di Kuching City FC tapi belum tentu kekal atau tidak

276

Pemain sensasi Kuching City FC, Peturs Shitembi memberitahu beliau cukup gembira dapat bersama pasukan itu musim ini walaupun untuk tempoh yang singkat, namun beliau belum dapat beri gambaran samada akan kekal bersama pasukan itu untuk musim depan atau tidak.

“Saya tak dapat nak komen dengan lebih lanjut mengenai perkara itu. Saya seronok berada di sini dan bersyukur dengan pihak pengurusan, barisan kejurulatihan, pemain dan penyokong kerana memberi peluang kepada saya.

Kita lihat apa akan jadi nanti, jika diberi kepercayaan saya akan sentiasa berikan yang terbaik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Shitembi juga terpaksa akur apabila tewas kepada PDRM FC 4-1 secara agregat dalam perlawanan akhir kedua Piala Cabaran 2023.


“Kita tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana kita turun dengan ketinggalan tiga gol pada perlawanan pertama tapi bangga dengan rakan sepasukan kerana memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.

Kecewa kami tidak dapat sesuatu positif tapi bangga dengan aksi yang dipamerkan. Bagaimanapun berjaya mara ke perlawanan akhir juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan.”

Dalam pada itu, beliau yang masuk pada pertengahan musim bersama ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak berkata mereka telah memberikan yang terbaik disebalik kesukaran yang dihadapi.

“Setiap hari kami cuba memperbaiki pasukan dan dengan kemasukan pengendali baru kita sudah cuba sedaya upaya untuk mengubah nasib pasukan dan saya rasa kita berjaya melakukannya dengan baik.

Jadi kami harap dapat menamatkan musim ini di tempat terbaik.”

Kuching City yang kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super mempunyai baki dua perlawanan liga iaitu menentang KL City FC dan Negeri Sembilan FC.