Moses Atede masih dalam perbincangan dengan Kedah Darul Aman FC

56

Pemain kebangsaan Bahrain, Moses Atede memberitahu beliau masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA) mengenai statusnya bersama kelab itu selepas kontraknya bersama kelab itu tamat pada hujung tahun lalu.

“Kami masih dalam perbincangan. Buat masa ini saya masih menunggu tawaran dan akan terima jika ada tawaran menarik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Atede ditemui selepas tamat perlawanan pusingan 16 Piala Asia 2023 yang menyaksikan pasukannya tewas kepada gergasi Jepun 3-1.


Dalam pada itu, biarpun tewas pemain berusia 26 tahun itu tetap berpuas hati dengan prestasi pasukannya sepanjang kempen Piala Asia kali ini.

“Perlawanan tadi bagus tapi malangnya kami kalah. Memang kami tak gembira dengan keputusan tapi inilah bola sepak yang mana samada anda menang atau anda kalah.

Prestasi pasukan meningkat selepas kekalahan pertama kepada Korea Selatan yang mana kami berjaya mara sehingga ke pusingan 16.”