Sarung jersi Harimau Malaya sentiasa jadi keutamaan, harap proses dokumentasi cepat selesai – Kobe Jae Chong

177

Pemain berdarah kacukan England-Malaysia, Kobe Jae Chong memberitahu bahawa keutamaannya adalah untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia dan berharap agar proses dokumentasi dapat diselesai dengan cepat.

“Saya harap proses dokumentasi saya dapat diselesaikan dengan cepat oleh ejen saya. Dengan saya kini berada dalam kelab yang besar, saya hara pia dapat membantu untuk mempercepatkan proses itu.

Malaysia adalah sebuah negara yang besar dan peminatnya cukup fenomena dan boleh dikatakan ‘gila’, jadi itulah sebab utama saya pilih Malaysia.

Saya sebenarnya boleh mewakili Jamaica, main untuk England, malah boleh cuba main untuk China kerana ayah saya berdarah campura, tapi dalam fikiran saya Malaysia akan sentiasa menjadi keutamaan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Untuk pengetahuan, Kobe Jae Chong layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya kerana neneknya merupakan warganegara Malaysia.


Beliau kini bersama kelab baru iaitu Kettering Town FC selepas dipinjamkan oleh kelab King’s Lynn Town.

Dalam pada itu, dengan status proses dokumentasi yang masih belum lengkap nampaknya pemain berusia 22 tahun mungkin terlepas untuk menyertai pasukan kebangsaan B-23 yang akan beraksi dalam kejohanan Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada 15 April hingga 3 Mei.

Beliau turut percaya bahawa skuad kendalian Juan Torres Garrido yang diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait mampu melepasi peringkat kumpulan.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan perancangan jangka masa panjangnya yang mana beliau beri bayangan mungkin akan bermain di liga di Asian Tenggara satu hari nanti.

“Untuk beberapa tahun ini saya mahu lihat diri dalam berkembang dalam bola sepak di England untuk teruskan karier saya di sini.

Saya juga mungkin akan pergi bermain di Malaysia dan jika tidak main di Malaysia, saya mungkin akan bermain di Thailand atau Singapura, atau yang dekat dengan Malaysia.”