Sony Norde bakal ke Kedah Darul Aman musim ini

411

Pemain sensasi Sony Norde dikatakan bakal berhijrah ke pasukan berpengkalan di utara iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA) untuk musim 2024/25.

Berita mengenai Sony ke Darul Aman sudah kedengaran sebelum ini, namun kini ia disahkan oleh satu sumber terdekat yang mengatakan pemain kelahiran Haiti itu akan bersama skuad Sang Kenari musim ini.


Menurut sumber itu lagi, pihak pengurusan juga telah memberikan jaminan bahawa segala permasalahan yang berlaku kepada kelab itu akan diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Apa pun sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak kelab berhubung perkara ini dalam masa terdekat ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrul Samsudin yang dihubungi sebelum ini bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai persiapan pasukan tidak dapat memberikan sebarang komen dan berkata sebarang perkembangan pasukan hanya akan diwar-warkan menerusi media rasmi KDA sahaja.

Dalam pada itu, pemain berusia 34 tahun itu mempamerkan prestasi yang agak cemerlang pada musim lalu bersama Sang Penyu apabila telah turun beraksi sebanyak 23 kali dalam kesemua kejohanan Liga Malaysia termasuk menjaringkan enam gol dan sembilan bantuan gol.

Selain saingan liga, beliau turut beraksi dalam Piala AFC sebanyak enam perlawanan dengan menjaringkan tiga gol dan empat bantuan gol.