Kelantan United FC bakal dijenamakan semula dengan nama baharu!

293

Presiden Kelantan United FC, YB Rozi Muhamad memberitahu bahawa pihak mereka akan menjenamakan semula pasukan itu kepada nama yang baharu untuk saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Menurut Rozi, nama baharu kelab itu akan diumumkan pada awal bulan Mac ini di media sosial rasmi pasukan.


“Kita mempunyai dua pelancaran yang pertamanya kita nak lancarkan penjenamaan baru kelab dan jersi serta pengenalan pemain-pemain baru pada penghujung Mac.

Cuma untuk penjenamaan baru kelab kita akan lancarkan pada awal Mac menerusi media sosial rasmi kita untuk perkenalkan nama baru kelab,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain penjenamaan semula pasukan, Kelantan United turut menjadi buah mulut ramai sehingga ke Palestin apabila mereka dikhabarkan bakal menandatangani pemain kebangsaan Oday Kharoub yang beraksi di Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Setakat ini kita belum buat secara rasmi lagi, tapi sudah ada beberapa pemain import yang dikenal pasti cuma keputusan akhir sahaja.”

Dalam pada itu, Rozi turut memberitahu bahawa pasukan akan memulakan latihan pra musim mereka pada pertengahan Mac ini.

“InsyaAllah sebelum masuk bulan Mac persiapan kita akan siap sepenuhnya. Kita jangka akan mula latihan pada bulan Ramadhan ini.”

Beliau pada masa sama juga mengakui pasukan mempunyai perancangan untuk mengadakan pra musim di luar negara.

“Ya memang ada dalam perancangan kita. Setakat ini kita pilih negara-negara sempadan dahulu.

Kalau ikut perancangan memang kita mahu ke Indonesia dan juga Thailand serta beberapa tempat lain tapi kita perlu tengok keadaan terlebih dahulu.”