AEON BiG Badminton Tournament 2.0 adalah usaha untuk terapkan ‘work life balance’ dalam kalangan pekerja

72

Kejayaan sesebuah syarikat adalah hasil kerjasama antara pihak kesemua pihak dalam syarikat tersebut dan bagi syarikat gergasi seperti AEON BiG, selain fokus dalam perniagaan mereka tidak pernah mengabaikan pekerja-pekerja dibawah naungan mereka.

Bagi memastikan setiap pekerja mempunyai ‘work life balance’, AEON BiG telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan badminton iaitu AEON BiG Badminton Tournament 2.0.


Pertandingan yang berlangsung pada hari ini telah menyaksikan ia disertai oleh pekerja  daripada cawangan di seluruh negara.

Presiden Kelab Sukan & Rekreasi AEON BiG, Norshilawati Mohd Kamal berkata penganjuran pertandingan badminton ini tidak hanya dapat menyihatkan tubuh badan tetapi juga mampu memupuk semangat setiakawan.

“Sebelum ini kita pernah anjurkan acara sukan pada tahun 2021, bagaimanapun tahun lalu kita tidak berkesempatan untuk buat, jadi untuk tahun ini kita buat balik dengan menganjurkan pertandingan badminton.

Objektif utama adalah kita mahu memupuk semangat kesukanan antara pekerja-pekerja AEON BiG dan untuk memupuk semangat setiakawan kepada semua,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Norshilawati, pertandingan badminton ini disertai 21 cawangan termasuk ibu pejabat yang mana setiap daripada mereka perlu hantar dua wakil.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Sumber Manusia iaitu Mohd Rizal Omar berkata inisiatif penganjuran aktiviti sukan ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk merapatkan hubungan sesama pekerja.

“Pertandingan badminton 2.0 ini kerana ini adalah kali kedua kita buat pertandingan ini dan untuk mulakan tahun 2024 kita anjurkan aktiviti badminton dahulu.

Selepas ini akan ada aktiviti-aktiviti untuk kita punya pekerja yang mana kita kumpulkan daripada seluruh negara.”

Tambah Rizal lagi, selain sukan badminton mereka turut menganjurkan aktiviti sukan lain seperti futsal, bola jaring dan banyak lagi yang dijalankan setiap bulan untuk pekerja mereka.

Jelasnya lagi, hasil inisiatif aktiviti sukan yang dianjurkan telah memberi impak yang cukup positif buat syarikat apabila jumlah pekerja yang meletak jawatan semakin berkurangan dek gembira dengan pengurusan yang sentiasa prihatin.

Sementara itu, beliau turut menyeru lebih ramai lagi menyertai keluarga AEON BiG apabila mereka bakal membuka satu lagi cawangan baru di Negeri Sembilan.

“Sah kita akan membuka cawangan baru di Palm Mall Seremban yang mana kita jangka akan dibuka pada April ini.

Oleh itu, pihak sumber manusia kini sedang giat membuat temuduga terbuka, jadi kepada sesiapa yang berminat untuk sertai keluarga AEON BiG, boleh datang pada temuduga terbuka kita pada hujung minggu ini.”