Infinix tawar pengalaman Holografik Ajaib 3D dalam Siri NOTE 40

216

Syarikat telefon pintar terkemuka Infinix sekali lagi tampil dengan teknologi yang cukup menakjubkan khas untuk pengguna mereka apabila memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Siri NOTE 40 dalam majlis pelancaran global yang berlangsung di litar Formula 1, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebentar tadi.

Tampil dengan teknologi baru, Infinix menentang norma dengan menawarkan pengalaman Holografik 3D yang pertama seumpananya dimana ia menampilkan Infinix 3D Charging Box, yang menggunakan unjuran 3D dan paparan holografik untuk menghidupkan ikon FastCharge 2.0 All-Round.


“Di Infinix, kami sentiasa berusaha untuk ‘push boundaries’ dan mencabar teknologi mudah alih konvensional. Oleh sebab itu kami menolak untuk pelancaran biasa, sebaliknya cuba memberi nafas baru dalam industri dan mencabar norma.

Ia sama dengan Infinix NOTE 40 Series kami, di mana kami telah mentakrifkan semula prestasi pengecasan pantas dan menawarkan pengalaman pengecasan terbaik dalam segmennya,”

kata Ketua Pegawai Pemasaran Infinix, Lake Hu.

Pelancaran yang berlangsung petang tadi turut menyaksikan ia turut dihadiri oleh media tempatan, serantau, dan media global, termasuk rakan perniagaan Infinix dari seluruh dunia.

Infinix turut menyediakan ‘All-Round HyperSpeed Lab’ pada acara itu. Makmal futuristik ini memberikan mereka yang hadir pengalaman yang mengasyikkan dengan Siri NOTE 40 yang serba baharu.

Dedikasi Infinix terhadap kelajuan tidak hanya terhad dalam menyediakan pengecasan pantas terbaik dalam kelasnya tetapi juga dalam kerjasamanya dengan DesignWorks, sebuah syarikat BMW Group, untuk mencipta ‘Edisi Perlumbaan’ Siri NOTE 40 yang mengambil inspirasi daripada dunia perlumbaan Formula 1.

Tetamu jemputan turut disajikan dengan kehidupan pantas di trek perlumbaan Sepang dengan pengalaman aksi drifting daripada kereta sport legenda berkuasa tinggi.

Infinix Siri NOTE 40 akan ditawarkan secara global bermula hari ini 18 Mac, dengan tawaran warna seperti Vintage Green, Obsidian Black dan Titan Gold.

Selain itu, mereka akan turut menampilkan Edisi Perlumbaan, kerjasama diantara Infinix dan DesignWorks yang akan dilancarkan pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.infinixmobility.com atau berhubung dengan Infinix Global menerusi Facebook, Instagram, YouTube dan X untuk perkembangan terkini, berita dan pengumuman.