Charging the Future of Gaming! Infinix Siri NOTE 40 Pro 5G sebuah telefon pintar ‘gaming’ berprestasi tinggi

110

‘Charging the future of gaming’! Itulah yang boleh diperkatakan mengenai telefon pintar terbaru keluaran Infinix yang memperkenalkan dua model terbaru dari Siri NOTE 40 iaitu NOTE 40 Pro 5G dan NOTE 40 yang baru sahaja dilancarkan dengan memperkenalkan All-Round FastCharge 2.0 buat pertama kali.

Siri NOTE 40 Pro 5G mempunyai chipset Mediatek Dimensity 7020 5G yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih dengan prestasi sepantas kilat apabila bermain ‘mobile game seperti MLBB’ dan juga media sosial.


Ia turut dilengkapi dengan skrin berkuasa tinggi iaitu 3D-Curved 120Hz AMOLED yang sangat besar sekaligus sempurna untuk kaki bermain permainan video, serta mempunyai 108MP super zoom kamera sistem dengan sokongan OIS.

Tidak hanya itu, Siri NOTE 40 mempunyai kapasiti bateri yang agak besar iaitu 5,000mAh dan didatangkan dengan caj pantas serbaguna 45W + 20W dengan pengecasan tanpa wayar MagCharge.

Bercerita lanjut mengenai prestasi ‘gaming’, terdapat beberapa fakta menarik yang dapat menarik kaki ‘gaming’ untuk memiliki Siri NOTE 40 ini, antaranya kadar bingkar selembut sutera yang ia menawarkan kawalan kadar bingkai XBOOST dengan contoh permainan video MLBB mampu mencapai 88.8 bingkai sesaat, sekaligus cukup mengagumkan pada kualiti Ultra dan Super Refresh Rate.

Sentuhan disesuaikan pakar yang menyaksikan algorithm ditala halus bagi memastikan ketepatan dalam kawasan sentuhan di sepanjang tepi melengkung, menghapuskan ‘accidental tap’ yang membawa kepada gangguan permainan atau tindakan yang tidak diingini.

Motor Linear paksa X jalur lebar memberikan maklum balas sentuhan yang tepat dan halus. Ia juga menawarkan pelbagai kesan haptik untuk pengalaman permainan 4D yang mengasyikkan.

Dalam pada itu, untuk audio pula Siri NOTE 40 dikuasakan oleh dwi pembesar suara oleh jenama audio terkemuka dunia iaitu JBL di mana ia akan memberikan pengalaman audio yang cukup berkualiti buat pengguna.

Tidak hanya itu, Siri NOTE 40 Pro 5G juga boleh berkhidmat lebih lama apabila ia akan menerima Android Update selama dua tahun dan juga 36 bulan Security Patches.

Jika hendak dibandingkan dari segi spesifikasi dan harga dengan jenama-jenama lain, ternyata Siri NOTE 40 Pro 5G menang apabila ia ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu berharga RM1,098 sahaja.

Bagaimanapun bagi pengguna yang bajet dibawah RM1,000 tapi mahu memiliki telefon pintar berkualiti jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkan Infinix Siri NOTE 40 dengan harga RM898 sahaja.

Walaupun dengan harga RM898, anda juga akan mendapat sebuah telefon pintar yang cukup berkualiti yang mana ia mempunyai 120Hz skrin AMOLED – In-Display Fingerprint; caj pantas serbaguna 45W + 20W dengan pengecasan tanpa wayar MagCharge serta dikuasakan oleh Helio G99 Ultimate chipset.

Ia turut hadir dengan 108MP Super-Zoom kamera dan dwi pembesar suara dari JBL.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Infinix Siri NOTE 40 Pro 5G atau Infinix Siri NOTE 40, anda akan mendapat MagPower (bernilai RM69) secara percuma dengan setiap pembelian tertakluk kepada ketersediaan stok.

Anda boleh membuat pembelian secara dalam talian atau fizikal di kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan Peniaga Sah Infinix Malaysia. #Infinix #NOTE40SERIES #AllRoundFastCharge2_0 #GamingWithoutLimits

Sila layari media sosial rasmi Infinix untuk maklumat lanjut.

TikTok: @infinixmy
Instagram:@infinixmobilemalaysia
Facebook: @InfinixMobileMalaysia

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen