“Nak beraksi bersama abang Syamer Kutty adalah ‘wishlist’ saya sama ada pihak lawan atau sepasukan”

14

Temubual eksklusif bersama pemain dari Penang FC B-23 iaitu Haziq Kutty Abba. Haziq merupakan adik kepada pemain JDT dan Harimau Malaya iaitu Syamer Kutty. Beliau ingin mengikut jejak langkah abangnya untuk bermain di skuad senior Harimau Malaya suatu hari nanti. Walau bagaimanapun beliau tidak terburu-buru untuk meletakkan sasaran dalam jangka masa pendek dapat beraksi bersama skuad senior Harimau Malaya. Haziq juga ingin bermain di liga luar suatu hari nanti seperti Liga Thailand kalau diberi peluang.