Adam Adli pandang serius isu berkaitan kesihatan mental belia

31

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan (KBS), YB Adam Adli memandang serius isu berkaitan Kesihatan mental belia di Malaysia dan mahu lebih banyak program dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan kementerian untuk tangani isu ini.

“Kalau kita melihat secara kasarnya menerusi tujuh domain dan 28 indikator yang telah digunakan sebagai panduan dalam tinjauan IYRES, kita dapati bahawa tahap indek kesihatan mental di Malaysia dalam 71.91% yang mana ia masih lagi moderate satisfactory.

Namun kita harus dari masa ke semasa melihat dan perhatikan juga beberapa indikator yang menunjukkan bahawa ada peningkatan terhadap kes-kes kesihatan mental dan itu menuntut supaya lebih banyak program dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan kementerian bagi menangani isu ini,”

katanya.

Tambah Adam lagi, selain menangani isu masalah kesihatan mental beliau turut mahu fokus pada isu penghapusan stigma bagi mewujudkan ruang-ruang positif yang selamat sekaligus dapat bersama menangani isu-isu ini.


Dalam pada itu, beliau berkata dengan adanya indeks kesihatan mental belia ini menjadi satu komitmen daripada pihak kerajaan untuk menangani isu yang sedang melanda belia negara.

“Kita tidak mahu apabila isu semakin parah baru nak bertindak, jadi dengan indeks moderate satisfactory ini kita tidak mahu berhenti di sini sahaja, sebaliknya terus perbaikinya.”