Juan Torres Garrido mohon maaf kepada seluruh peminat Malaysia dek kegagalan mereka di Piala Asia B-23

168

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-23, Juan Torres Garrido memohon maaf kepada seluruh peminat bola sepak Malaysia di atas kegagalan pasukannya dalam kempen Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung di Doha, Qatar apabila mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Ia susulan skuad Harimau Muda tewas 2-1 kepada Kuwait dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan D sekaligus menyaksikan Malaysia menamatkan kempen pada edisi kali ini di tangga tercorot.


“Kami tidak boleh positif dengan keputusan malam ini kerana jangkaan kami berbeza. Sukar untuk saya rumuskan prestasi pasukan kerana berdasarkan analisis saya berbeza, manakala keputusan juga berbeza.

Kami mohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak berjaya mencapai tahap yang dimahukan,”

katanya.

Beliau turut mengakui pemain-pemainnya masih berjaya menguasai permainan biarpun mereka dengan 10 pemain tetapi gagal mengambil peluang terhidang.

“Apabila kita mendapat peluang untuk bermain lebih agresif saya rasa pemain sudah kepenatan selepas bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari.

Kita kekurangan tenaga di bahagian atas. Pada separuh masa kedua kita cuba merencana sesuatu dan pemain berjaya menterjemahkan apa yang kita mahukan tapi kami tumpul dibahagian penyudah.”

Dalam pada itu, Garrido berkata pasukannya perlu memperbaiki kelemahan mudah yang menyebabkan mereka ketinggalan pada awal perlawanan.

Menurutnya, pasukannya banyak mencipta peluang di awal-awal perlawanan tetapi mereka bolos menerusi set piece dan juga penalti yang mana ia telah mengubah perlawanan sepenuhnya.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al-Janoub menyaksikan nasib malang berlaku pada minit ke-45 apabila penjaga gol Sikh Izhan Nazrel dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran kepada pemain lawan di mana ia turut menyaksikan beliau terpaksa diusung keluar dek kecederaan di bahagian kepala.

Kuwait berjaya dihadapan pada minit 45’+14 menerusi sepakan penalti daripada Salman Al-Awadhi sebelum mereka menggandakan kedudukan menerusi Talal Al-Qaisi pada minit ke-60′.

Penyerang Haqimi Azim kemudian berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan yang cukup cantik pada minit ke-63′ bagi memberi harapan untuk buat kebangkitan.

Usaha berterusan mereka bagaimanapun gagal biarpun pasukan lawan juga terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaring gol pertama mereka dilayangkan kad merah pada minit ke-84′.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen