Nidzam Jamil akan lakukan sedikit perubahan taktikal menentang JDT 10 Mei ini

219

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memberitahu bahawa persiapan pasukan kini berjalan dengan lancar selepas berjaya berjaya menjulang kejuaraan KUSEL Asia Challenge 2024 selepas menewaskan Young Elephants 4-0 semalam.

Menjelang aksi pembukaan Liga Super iaitu Piala Sumbangsih pada 10 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Nidzam berkata beliau akan melakukan sedikit perubahan taktikal apabila menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT).


“Kita perlu lebih berhati-hati dengan cara kita bermain, seperti yang saya katakan setiap pasukan memberikan masalah yang berbeza dan sudah pasti kita bermain di tempat lawan seperti JDT mungkin akan ada sedikit perbezaan juga, sedikit perubahan taktikal.

Apa yang saya boleh katakana buat masa ini perjalanan kita untuk menuju ke sana lebih kurang 12 hari lagi berjalan dengan lancar,”

katanya.

Terdahulu pasukan Gergasi Merah Kuning berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan dalam kejohanan tersebut dengan menjaringkan lapan gol tanpa sebarang bolos.

“Bagus kita tak dibolosi, tapi sekali lagi indikatornya adalah ketika di liga nanti tapi ada standard kita tetapkan yang mana kita nak perbaiki bukan sahaja untuk menjaringkan gol tetapi juga untuk tidak bolos juga.”

Dalam pada itu, Nidzam juga memuji kesemua pemainnya yang memberikan komitmen yang cukup tinggi sekaligus memberikannya masalah untuk memilih pemain untuk kesebelasan utamanya.

Beliau pada masa sama turut memaklumkan bahawa kesemua pemain tiada masalah untuk menaikkan standard latihan.

“Kita akan sama-sama naikkan standard kita, kita akan naikkan standard latihan kita dan kita akan ‘demand’ daripada mereka dan berdasarkan yang saya tahu kesemua pemain terbuka untuk menerima latihan dan saranan daripada kita.”