Sebastian Avanzini harap satu hari nanti dapat kembali rasai kemeriahan bola sepak di Malaysia

206

Bekas pemain import KL City FC, Sebastian Avanzini berharap agar satu hari nanti beliau dapat kembali merasai suasana dan kemeriahan bola sepak di Malaysia selepas beliau berhijrah ke Bali, Indonesia apabila kontraknya tidak disambung untuk musim 2024/25.

Menurut Avanzini, sepanjang kariernya bermain di banyak negara seperti Eropah tidak pernah beliau merasakan ia sebahagian daripada dirinya seperti yang dirasainya ketika bermain di Malaysia.


“Saya sudah beberapa kali saya pernah cakap yang Malaysia adalah sebahagian daripada saya. Saya bermain di banyak tempat di sekitar Eropah.

Sejujurnya saya boleh katakan walaupun setahun, saya tak pernah pergi ke tempat (Malaysia) yang menjadi sebahagian daripada saya.

Jadi saya berharap satu hari nanti dapat kembali ke Malaysia. Saya tahu nama saya baik di sana, saya cukup seronok di sana. Saya suka negara, saya suka bola sepaknya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, pemain kelahiran dari Itali itu menegaskan bahawa keutamaannya adalah bola sepak biarpun kini sibuk dengan perniagaan ICEBOX RECOVERY.

“Sudah pasti bola sepak kerana perasaan bermain dalam stadium yang penuh seperti di Terengganu atau Johor.

Anda boleh buat banyak dalam perniagaan dan boleh berjaya tapi ia berkaitan dengan emosi kerana pengalaman bola sepak sangat unik.”

Tambahnya lagi, walaupun ketika ini tidak bermain bola sepak namun beliau tetap mengekalkan kecergasan diri dan bersedia sekiranya ada kelab yang mahukan khidmatnya.

Avanzini yang menyertai skuad The City Boys pada musim lalu telah membuat sebanyak 29 penampilan dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sepanjang kempen liga, beliau berjaya menjaringkan dua gol dan empat bantuan gol untuk membantu KL City menamatkan saingan liga di kedudukan ketujuh.

Sementara itu, beliau yang kini berpengkalan di Indonesia tidak menolak kemungkinan untuk bermain di Liga 1 Indonesia.

“Dengan situasi sekarang ini mungkin Indonesia berpotensi jadi destinasi saya seterusnya, tapi saya terbuka untuk bermain di Thailand, Malaysia mahupun Vietnam.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen