Dion Cools adalah kunci kejayaan kepada Buriram United –  Wiput Thirapanish

27

Tidak hanya menjadi tonggak utama dalam pasukan kebangsaan Malaysia, Dion Cools juga merupakan antara tonggak utama dalam pasukan gergasi Buriram United yang beraksi dalam saingan Thai League 1.

Menurut bekas wartawan Fox Sports dari Thailand iaitu Wiput Thirapanish, Cools merupakan kunci kejayaan pasukan itu untuk musim ini.


“Dion Cools seorang pemain yang cukup berkualiti dan beliau merupakan pemain penting buat Buriram.

Saya rasa persembahan beliau adalah kunci kejayaan pasukan itu pada musim ini. Beliau seorang pemain pertahanan yang kental di mana beliau bukan sahaja boleh bermain di posisi pertahanan tengah tetapi juga di posisi pertahanan kanan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Cools telah menyaksikan Buriram kini berada di puncak liga dengan 63 selepas mencatat 18 kemenangan, sembilan seri dan hanya satu kekalahan.

Dalam pada itu, saingan liga di negara itu bakal menutup tirainya tidak lama lagi dan kontrak Cools juga akan tamat pada 30 Jun ini dan Wiput Thirapanish jika pemain itu kekal di Thailand ia bagusnya dan juga liga.

“Saya rasa jika kekal di sini ia bagus untuk Thai League tapi ‘money talk’.”

Sementara itu, beliau turut mengakui ramai pemain Malaysia yang bagus dari segi teknikal tetapi gagal menyerlah apabila bermain di Thai League 1.