Dengan adanya JDT ini, masa depan bola sepak Malaysia cerah – Witthaya Laohakul

33

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kelab dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah ke hadapan apabila semakin banyak pihak yang kagum dengan perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

Perkara itu turut diakui oleh ketua jurulatih Chonburi FC, Witthaya Laohakul yang mana beliau kagum dengan pengurusan kelab tersebut dan berkata ia akan membantu bola sepak Malaysia.


“Saya pernah melawat JDT yang mana mereka membuat pelaburan yang cukup bagus, mempunyai fasiliti hebat.

Saya tidak tahu siapa pemilik kelab itu tapi dengan adanya kelab ini, masa depan bola sepak Malaysia cerah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

JDT merupakan antara pasukan yang cukup digeruni di rantau Asia Tenggara ketika ini kerana mereka tidak hanya mendominasi saingan Liga Super buat 10 musim berturut-turut, tetapi juga cemerlang di pentas Asia iaitu AFC Champions League (ACL).

Musim ini JDT akan beraksi dalam saingan ACL Elite.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen