Harap orang disekeliling Madame Pang dapat bantu naikkan bola sepak Thailand – Witthaya Laohakul

26

Ketua jurulatih Chonburi FC yang juga merupakan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Witthaya Laohakul berharap agar orang-orang yang berada disekeliling Presiden FAT baharu, Madame Pang dapat bantu naikkan bola sepak di negara itu.

Ini kerana menurut Witthaya Laohakul, Madame Pang seorang yang cintakan bola sepak tetapi beliau tidak faham bola sepak.


“Madame Pang tak faham bola sepak tapi beliau cintakan bola sepak. Jadi orang disekelilingnya perlu terdiri daripada mereka yang hebat-hebat dapat bantu beliau untuk naikkan bola sepak Thailand dan bukannya sekadar tahu bercakap sahaja.

Saya juga berharap agar keseluruhan bola sepak di Thailand dapat ditingkatkan dan bukan pasukan kebangsaan saja,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata kini semakin ramai pakar-pakar bola sepak bersama Madame Pang yang mana beliau berharap mereka ini dapat gunakan pengalaman untuk bantu presiden badan induk bola sepak negara.

“Saya harap mereka ini akan gunakan pengalaman dalam bola sepak untuk bantu Madame Pang. Kalau pandai cakap sahaja ia tak akan jadi apa-apa.”

Sementara itu, beliau turut dedah dihubungi oleh Madame Pang yang meminta nasihat daripadanya dan beliau terbuka untuk beri nasihat dan pandangan demi kebaikan bola sepak di negaranya.