Keganasan bola sepak tak patut berlaku tak kira di mana-mana pun – Madame Pang

88

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam berkata keganasan bola sepak terutamanya kepada pemain tidak sepatutnya berlaku tidak kira di mana-mana pun.

Ini kerana menurut Nualphan Lamsam atau lebih dikenali dengan panggilan Madame Pang, bola sepak sepatutunya membawa keamanan dan bukannya keganasan.


“Bagi saya apabila tragedi seperti ini berlaku kepada pemain bola sepak tidak hanya di Malaysia tapi di setiap negara yang terkesan dengan insiden seperti ini kerana ia tidak sepatutnya berlaku tak kira di mana-mana pun.

Setiap negara mereka mempunyai pemain ke-12 yang menyokong penuh pemain mereka kerana bagi saya bola sepak sepatutnya membawa keamanan kepada setiap negara,”

katanya.

Madame Pang berkata demikian bagi mengulas isu keganasan bola sepak yang berlaku di Malaysia baru-baru ini yang melibatkan dua pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim.