Jika diberi peluang saya mahu tunjukkan pada rakyat Malaysia saya boleh main di posisi No.9 – Haqimi Azim

148

Penyerang muda kebangsaan, Haqimi Azim memberitahu beliau akan memberikan aksi yang terbaik sekiranya mendapat kepercayaan daripada ketua jurulatih Kim Pan-gon untuk turun beraksi dalam perlawanan menentang Republik Kyrgyz nanti.

Menurut Haqimi, walaupun dua penyerang utama negara iaitu Darren Lok dan Syafiq Ahmad tiada dek kecederaan namun skuad negara mempunyai Paulo Josue dan ramai lagi yang boleh bermain di posisi tersebut.


“Jika diberi peluang Coach Kim turunkan saya, saya akan buat yang terbaik tapi sekarang kita ada Paulo, saya dan ramai juga yang boleh bermain di posisi No. 9. Siapa yang diturunkan nanti perlu buat yang terbaik.

Kalau saya yang diturunkan sebagai pemain No. 9 nanti saya akan buat yang terbaik untuk tunjukkan pada rakyat Malaysia yang saya boleh main di posisi No.9,”

katanya.

Haqimi turut mengakui perlu menggalas tanggungjawab besar kerana beliau sudah lama tidak beraksi bersama skuad senior.

Skuad Harimau Malaya akan menghadapi perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz di Bishkek pada 6 Jun 2024 dan menentang Chinese Taipei di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024.

Berdasarkan kedudukan semasa, skuad kendalian Pan-gon kini dalam misi sukar apabila mereka perlu menang dalam kedua-dua perlawanan tersebut sekiranya mahu layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2027.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang kem latihan pusat selama seminggu Pan-gon meletakkannya bermain di posisi No. 7 dan No. 9.

“Seminggu berlatih Coach Kim meletakkan saya sebagai No.7 dan No. 9 tapi di mana saya diletakkan saya akan buat yang terbaik.

Coach juga mahu saya fokus cari gol jadi saya perlu berusaha lebih lagi untuk mencari gol.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen