Kemenangan ini akan buat pasukan lain beri cabaran pada kami – Indra Putra

25

Pemain pasukan PT Athletic FC, Indra Putra Mahayuddin berkata kemenangan pertama yang diraih oleh pasukannya pada perlawanan menentang Bukit Tambun FC baru-baru ini akan membuatkan pasukan-pasukan lain memberi cabaran buat mereka.

“Saya rasa dengan kejayaan ini mungkin akan buat pasukan-pasukan lain bagi cabaran pada kami,”

katanya.

Menurut Indra Putra, biarpun mereka berjaya memperoleh tiga mata penuh pada aksi pertama mereka dalam saingan Liga A1, namun masih banyak perkara yang perlu mereka perbaiki untuk tingkatkan lagi prestasi pasukan.


“Pada 15 minit pertama kita bergelut dan selepas itu kita boleh mengimbangi dan saya rasa ini satu permulaan baik dan perlawanan pertama kami agak sukar tapi insyaAllah kami akan perbaiki selebihnya.”

Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya itu turut bersyukur melihat kepada sambutan peminat terhadap saingan Liga A1 biarpun ia merupakan liga semi-profesional dan berharap selepas ini lebih ramai akan turun menyokong.

“Saya bersyukur dan berharap penyokong-penyokong PT Athletic dapat hadir dengan lebih ramai lagi untuk menyokong pasukan.”