Sedar kami pasukan ‘underdog’ tapi kami akan buktikan pada perlawanan menentang KDA FC nanti – Rafiuddin

20

Pemain pasukan Bukit Tambun FC, Muhammad Rafiuddin memberitahu tiada tekanan buat pasukannya menjelang perlawanan pusingan 16 Piala FA menentang pasukan daripada Liga Super iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA) pada 14 Jun ini.

Menurut Rafiuddin, biarpun sedar pasukannya adalah pasukan ‘underdog’ tapi mereka akan buat yang terbaik dan buktikan kemampuan mereka.


“Kami sedar yang kami adalah pasukan ‘underdog’ jadi kami buat sehabis baik menentang KDA jadi tiada tekanan buat kami. Kami akan buktikan nanti.

Tipulah kalau kita main Piala FA saja-saja nak kalah. Sasaran kita untuk menang walaupun sedar susah,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas tamat perlawanan Liga A1 menentang PT Athletic FC yang mana pasukan Bukit Tambun terpaksa akur apabila tewas 3-1.

Dalam pada itu, Rafiuddin berkata biarpun tewas tapi mereka akan bangkit semula untuk perlawanan akan datang.

“Walaupun kami kalah tapi insyaAllah kami akan bangkit untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Ini permulaan jadi kami akan perbaiki segala kelemahan kami.”