Persaingan antara ‘mobile game’ akan meriahkan lagi komuniti e-sukan di Malaysia – Bang Joel

60

Pencipta kandungan (content creater) dan Tiktokers popular Bang Joel menyambut baik kehadiran ‘mobile game’ baharu iaitu Honor of Kings (HOK) di Malaysia yang mana beliau menyifatkan ia akan memeriahkan lagi e-sukan di negara.

“Dari sudut pandang lebih besar yang mana saya rasa jika ada persaingan di antara ‘mobile game’ ia akan mewujudkan persaingan lebih sihat dan pada masa sama ia akan memeriahkan komuniti e-sukan di Malaysia.

Yang suka ‘game’ lain boleh main ‘game’ lain dan siapa yang suka HOK boleh main HOK. Bila ada persaingan, baru ada kehangatannya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Bang Joel berkata demikian ketika ditemui di Grand Final HOK Invitational S2 yang berlangsung di Sunway Velocity Mall baru-baru ini.


Dalam pada itu, Bang Joel berkata biarpun permainan HOK masih baru di Malaysia namun beliau melihat ia mempunyai potensi besar.

“‘Game’ HOK baru mula di sini tapi saya rasa ia mempunyai potensi besar jadi kalau kita mula lebih awal lagi memang akan ada potensinya.”

Bang Joel juga berkata ramai peminat ‘mobile game’ di Malaysia sudah lama menanti kehadiran HOK di sini kerana HOK sudah lama ada di China dan mempunyai ramai peminat.

“Selepas tujuh tahun ‘game’ ini sudah dilancarkan apabila ia datang ke Malaysia anda boleh melihat sendiri sambutan daripada peminat di sini. Semuanya gila-gila.”