Ini pencapaian terbaik biarpun baru 3 bulan berlatih – Kelvin Pang

48

Pengurus Besar pasukan e-sukan Team Secret MY, Kelvin Pang tetap bangga dan berpuas hati dengan prestasi pasukannya biarpun mereka tewas di perlawanan Grand Final HOK Invitational S2 kepada pasukan LDG Gaming MY.

“Pada penghujung perlawanan kita bermain ikut permainan LDG dari main dengan cara kita sendiri kerana mereka adalah sebuah pasukan yang cukup berpengalaman yang mana mereka sudah lama bersama dan pasukan mereka adalah ‘benchmark’ kami untuk Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara.

Bagi saya pasukan kami yang baru berusia 3 bulan saya rasa ia satu pencapaian yang baik dan ‘approach’ kami untuk perlawanan final adalah untuk ‘enjoy ourself’,”

katanya.

Kemenangan pasukan LDG Gaming menyaksikan mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai lebih RM470 ribu.


Kelvin turut gembira melihat perkembangan yang cukup positif untuk e-sukan di Malaysia dan dijangka akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Kelvin berkata selepas kejohanan HOK Invitational S2 pasukannya akan berehat seketika sebelum kembali turun berlatih untuk buat persiapan sebelum ke Riyadh, Arab Saudi.

“Kami akan berehat untuk beberapa hari dan ‘reset’ semula. Fokus kami nanti adalah untuk buat persiapan ke Riyadh untuk cuba menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan makanan.

Latihan akan berjalan seperti biasa dengan kami akan buat simulasi termasuk berlatih bermain dalam keadaan panas.”