Jika diberi masa pasukan dari Malaysia boleh jadi antara terbaik di dunia – Andriyana

28

Pengacara e-sukan Honor of Kings (HOK), Andriyana ‘ChuChu’ Ghazali menyuarakan keyakinannya pasukan dari Malaysia mampu menjadi kuasa besar dunia dalam permainan itu tidak lama lagi.

Menurut ChuChu, berdasarkan pemerhatian ketika Grand Final HOK Invitational S2 antara LDG Gaming MY dengan Team Secret MY beliau melihat pasukan dari Malaysia telah memperlihatkan permainan yang cukup hebat dan menarik.


“Pada saya pasukan LGD adalah pasukan yang lebih pengalaman dari Team Secret sebab mereka sudah bermain bersama lebih setahun, manakala Team Secret pula baru sahaja main dalam tempoh tiga bulan.

Jadi kalau bagi mereka sedikit lagi masa mungkin pasukan di Malaysia boleh jadi antara yang terbaik di dunia,”

katanya.

Dalam aksi final itu menyaksikan pasukan Malaysia LGD Gaming berjaya menang 3-2 sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai lebih RM470 ribu.

Sementara itu, ChuChu bersyukur apabila rezekinya murah apabila dapat peluang untuk mengacara dalam bahasa Mandarin.

“Alhamdulillah memang rezeki dan boleh dikatakan bernasib baik juga la sebab memang saya tidak jangka dapat mengacara acara besar seperti ini.

Walaupun bahasa Cina saya tidak berapa bagus tapi saya gembira dengan sambutan daripada semua pihak.”