Bayar gaji pemain Eropah ratus ribu boleh, tapi nak bayar saya RM20-30 ribu saja? – Lim Teong Kim

32,077

Bekas jurulatih pembangunan Bayern Munich, Lim Teong Kim tampil membidas kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris yang menganggap gaji yang dimintanya terlalu tinggi.

Kenyataan TMJ yang berkata sekiranya Teong Kim sayang dan peduli dengan pembangunan bola sepak Malaysia, beliau boleh bekerja dengan gaji bulanan yang rendah iaitu RM20 ribu atau RM30 ribu adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal.


“Kamu (TMJ) suruh saya tinggal isteri dan anak saya pergi ke sana (Malaysia) untuk gaji RM20 ribu atau RM30 ribu, anda tahu berapa dalam Euro? Hanya lima ke enam ribu Euro sahaja.

This is peanut. You pay me peanut, you think I’m monkey? Anda tidak hargai ilmu saya tetapi anda boleh bayar ratusan ribu gaji untuk pemain-pemain eropah.

Saya bekerja 12 tahun bersama Bayern Munich, bukannya kelab ‘kucing kurap’,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, beliau pernah bekerja dengan pemain-pemain yang menang Piala Dunia dan bermain di kelab-kelab terbesar dunia.

Teong Kim menyifatkan kenyataan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai satu penghinaan terhadap ilmunya.

Terdahulu peminat bola sepak tanah air kecoh apabila TMJ membuat pendedahan bahawa Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pernah meminta gaji sebanyak €70 Ribu hingga €80 Ribu (sekitar RM330-380 Ribu) terlalu tinggi.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 58 tahun turut mempertikaikan tindakan tidak profesional TMJ yang mendedahkan butiran perbincangan antara mereka berdua kepada media.

“Jika tak mahu ambil saya tidak mengapa. Saya faham ini adalah profesional dan perniagaan. Jika anda tahu apa professionalism, apabila saya bercakap dengan anda untuk tujuan kerja, ia tidak sepatutnya keluar di media dan umum kerana tiada siapa boleh tahu kecuali saya dan anda. Ini adalah professionalism, bukannya amatur.”