Kontroversi menjelang Piala Dunia 2022, Qatar didakwa beri rasuah kepada Ecuador untuk kalah pada perlawanan pertama
Bahang Piala Dunia 2022 Qatar semakin dirasai apabila sepak mula kejohanan berprestij itu akan bermula pada 21 November ini dengan tuan rumah Qatar akan menentang Ecuador.
Namun disebalik keterujaan peminat bola sepak, dunia dikejutkan dengan dakwaan seorang pengguna Twitter bernama Amjad Taha mendakwa Qatar telah memberi rasuah kepada lapan pemain Ecuador berjumlah $7.4 juta untuk tewas pada perlawanan pembukaan.
Malah dalam dakwaan itu turut mendedahkan bahawa liga individu Qatar dan pihak dalaman Ecuador telah mengesahkan perkara itu.
Just a heads up if anyone sees a story about Qatar bribing Ecuador 7.4 million to lose the opening game – it started here from a well-known disinformation account who is somehow also the main source in the story @amjadt25 . It’s already got thousands of RTs though pic.twitter.com/2EjjvqEbBV
— Marc Owen Jones (@marcowenjones) November 17, 2022
Beliau bagaimanapun dalam tweet-nya berharap tuduhan itu tidak benar dan dengan perkongsian itu dapat memberi kesan kepada keputusan perlawanan itu nanti.
Tuduhan itu nyata telah menjadi tular di media sosial dengan jutaan peminat bercakap mengenai perkara itu termasuklah agensi-agensi berita antarabangsa turut melaporkan mengenai dakwaan tersebut.
Ecuador Players after losing the World Cup opening match 5-0 vs Qatar pic.twitter.com/BDi6yheMhz
— CARPgr (@mogos_gr) November 17, 2022
Jika perkara ini benar, ia adalah satu malapetaka besar dalam dunia bola sepak dan boleh menjadi skandal terbesar Piala Dunia.
Tidak dapat dinafikan, sukan nombor satu dunia ini sering terpalit dengan kontroversi terutamanya membabitkan rasuah.
🚩لوكوريي أنترناشيونال:
— عبد العزيز الخميس (@alkhames) November 16, 2022
قطر: تأثير الارتداد
كانت الإمارة الخليجية الصغيرة تحلم بالاعتراف الدولي، وبدلاً من ذلك تواجه طوفانًا من الانتقادات، خاصة من الغرب. pic.twitter.com/Nu1a1SMQKs
Kegiatan haram rasuah ini tidak hanya kepada pasukan yang bertanding sahaja, malah ia juga pernah berlaku dalam pengurusan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) pada tahun 2015 telah menggemparkan dunia.
On the 8th October 2015, the FIFA corruption scandal hit a new low when the FIFA Ethics Committee banned FIFA president Sepp Blatter, UEFA president Michel Platini and FIFA’s secretary general Jérôme Valcke from all football activity for 90 days. pic.twitter.com/dRMavRHsgk
— Tifo Football (@TifoFootball_) October 8, 2018
Sukan bola sepak ketika ini bukan sekadar sukan semata-mata, sebaliknya ia adalah perniagaan berbilion-bilion sekaligus menjadi tarikan kepada banyak pihak untuk cuba mengaut keuntungan daripada sukan bola sepak.
Diharap kempen Piala Dunia 2022 akan berlangsung dengan ‘bersih’ dari sebarang salah laku dan menjadi Piala Dunia yang terbaik pernah dianjurkan.