Harimau Malaya ditubuhkan pada 2007 selepas kekalahan Malaysia di Piala Asia 2007 bagi menunjukkan betapa sayangnya rakyat Malaysia terhadap bola sepak di Malaysia. Kami adalah kelab penyokong bola sepak Malaysia yang memenuhi kehendak masyarakat terhadap isi kandungan bola sepak Malaysia.

Harimau Malaya adalah satu medium yang digunakan untuk menyatupadukan seluruh penyokong bola sepak tanah air. Di sini, anda boleh berkomuniti, memberi pandangan bernas dan menyertai perbincangan.