Penggunaan HARIMAU MALAYA adalah tertakluk kepada peruntukan Dasar Privasi, ini termasuklah sebarang pindaan atau kemas kini di sini.

Privasi polisi ini ditujukan kepada pengguna HARIMAU MALAYA, dan ia berkaitan dengan informasi yang kami kumpul, bagaimana informasi itu dapat digunakan, dengan siapa ia dapat dikongsi dan pilihan anda mengenai penggunaan dan pendedahan tersebut.

Kami menggalakkan anda membaca Dasar Privasi ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web atau perkhidmatan kami.

1. Informasi Peribadi

  1. Pengguna tidak diminta memasukkan maklumat peribadi semasa melayari laman web. Laman web tidak akan mengakses atau menggunakan maklumat pengguna tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada individu tersebut.
  2. Semasa proses pendaftaran menjadi pengguna, anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti: nama, tarikh lahir, jantina, alamat, alamat emel, nombor hubungan, kelab kegemaran dan pemain kegemaran. Maklumat ini diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan memudahkan hubungan dengan pengguna.
  3. Maklumat peribadi yang dihantar ke HARIMAU MALAYA boleh digunakan untuk mengendalikan, mengekalkan dan meningkatkan ciri dan fungsi laman web.
  4. Maklumat peribadi pengguna dan maklumat tertentu yang tidak dapat dikenal pasti (seperti data penggunaan pengguna tanpa nama, kuki, alamat IP, jenis penyemak imbas, data aliran klik) boleh dikumpulkan untuk tujuan penambahbaikan.

2. Pautan ke Laman Lain

Laman web mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dimiliki atau di kendalikan oleh HARIMAU MALAYA. HARIMAU MALAYA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau amalan privasi laman web ini.

3. Penghapusan Akaun

Apabila akaun pengguna dihapuskan, semua maklumat peribadi milik pengguna akan disimpan oleh HARIMAU MALAYA untuk penggunaan pengesahan di masa hadapan.

4. Penggunaan Maklumat

Maklumat yang dikumpulkan dari pengguna akan digunakan untuk:

  • Penciptaan dan penyampaian perkhidmatan baru
  • Peningkatan perkhidmatan yang ada
  • Perkhidmatan penilaian
  • Meningkatkan kandungan dan iklan
  • Menilai dan meningkatkan keberkesanan iklan dan promosi lain
  • Perkhidmatan pelanggan, pemantauan penipuan, penyimpanan, dan memastikan keselamatan produk dan perkhidmatan yang diberikan
  • Memenuhi permintaan dan keperluan yang disyaratkan, seperti tetapan bahasa dan lokasi, perkhidmatan bantuan dan arahan

5. Perlindungan Maklumat Peribadi

HARIMAU MALAYA telah melaksanakan dasar keselamatan, peraturan, dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi maklumat yang dapat dikenal pasti secara peribadi di bawah kawalan kami daripada pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pemusnahan yang tidak sah atau kehilangan yang tidak disengajakan.

6. Kuki

  1. Apabila pengguna mengunjungi laman web, kami mungkin memberikan satu atau lebih kuki komputer pengguna, untuk memudahkan akses ke laman web kami dan memperibadikan pengalaman dalam talian pengguna.
  2. Melalui penggunaan kuki, kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti dalam talian pengguna di laman web kami, seperti halaman web yang dikunjungi, pautan yang diklik, dan carian yang dilakukan di laman web kami, dengan tujuan untuk meningkatkan dan menyesuaikan kandungan terbaik untuk setiap pengguna.
  3. Sebilangan besar pelayar akan secara automatik menerima kuki, tetapi pengguna dapat menutup kuki pada bila-bila masa.

7. Pindaan kepada Dasar Privasi

Dasar Privasi ini dapat diubah bila perlu untuk meningkat kan perlindungan privasi pengguna. Dasar Privasi yang dipinda akan segera diterbitkan di HARIMAU MALAYA.

8. Pindaan kepada Perkhidmatan

HARIMAU MALAYA boleh menghapus, menangguh kan atau mengubah format dan kandungan laman web dan / atau perkhidmatan yang diberikan dari semasa ke semasa tanpa notis.

9. Ganti rugi

HARIMAU MALAYA tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerosakan atau kerugian kepada pengguna yang disebabkan oleh kandungan laman web.

10. Pertanyaan

Kami sedia menerima sebarang cadangan dan menjawab pertanyaan daripada anda.